Berita

MB: Masjid Bandar IOI Bahau siap Oktober 2022

Peruntukan lebih RM7 juta

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun (Sikamat – Pakatan Harapan) berkata, pembinaan sebuah masjid di Bandar IOI, Bahau dijangka akan siap pada bulan Oktober 2022.

“Projek pembinaan masjid di Bandar IOI adalah di peringkat penyediaan rekabentuk akhir, spesifikasi piawai dan penyediaan dokumen tender oleh Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan.

“Projek ini dijangka akan diiklankan bagi tujuan perolehan pada 26 Oktober 2020.

“Projek dijangka siap pada Oktober 2022,” kata Aminuddin.

Aminuddin menjawab pertanyaan YB L.Manickam (Jeram Padang – BN) di Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri Sembilan Yang Ke-14, kelmarin.

Manickam bertanya status terkini projek pembinaan masjid di Bandar IOI yang telah diluluskan dengan peruntukan lebih RM7 juta.

 

Foto: Nabil Syafiq

 

Show More

Related Articles

Back to top button