Aktiviti

MB meriahkan Korban Perdana Kg Orang Asal Langkap

SRI MENANTI: Perasaan gembira dan teruja penduduk Kampung Orang Asal Langkap, Kuala Pilah jelas terpancar apabila melihat kehadiran Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin Harun ke kampung mereka.

Aminuddin bersama isteri beliau hadir memeriahkan Majlis Qurban Perdana Menteri Besar Bersama Penduduk Asal Kampung Langkap anjuran Asrama Darul Falah dengan kerjasama Pusat Khidmat DUN Seri Menanti.

“Terima kasih kepada semua pihak yang telah memastikan majlis ini berjalan lancar termasuk Pengerusi MPKK Kampung Orang Asal Langkap, Tok Yatim Lonchong, Pusat Khidmat DUN Sri Menanti, MPKK DUN Seri Menanti dan agensi kerajaan.

“Kerajaan Negeri sentiasa mengambil berat dan komited dalam memastikan kebajikan Orang Asal di Negeri Sembilan berada dalam keadaan baik. Semua perkampungan Orang Asal di Negeri Sembilan yang berjumlah 69 kampung telah berjaya didaftarkan.

“Kerajaan Negeri juga berjaya memastikan semua perkampungan Orang Asal di negeri ini mempunyai kemudahan asas bekalan air dan elektrik; agar tiada golongan yang tertinggal dari arus kemajuan,” kata Aminuddin.

Turut terlibat membantu menjayakan majlis ini ialah Wanita KeADILan Sri Menanti yang diketuai oleh Puan Norliza Mohamed Thani.

Sebanyak lima ekor lembu telah dikorban dan diagihkan kepada penduduk setempat khususnya penduduk Orang Asal Kampung Langkap. Lembu ‘biasa’ juga disembelih untuk diagih kepada penduduk bukan Islam di kampung tersebut.

Turut hadir Penyelaras DUN Sri Menanti, Tuan Shahran Kaat.

Foto: Nabil Syafiq dan Norliza Mohamed Thani

Show More

Related Articles

Back to top button