Berita

MB serah sembilan kenderaan kepada JKR bernilai RM1.02 juta

Memenuhi keperluan laksana tugas penyelenggaraan jalan raya negeri, lampu isyarat dan lampu jalan

SEREMBAN:┬áMenteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, demi menzahirkan keprihatinan Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan dan kepekaan dalam memastikan prasarana dan infrastruktur di negeri ini sentiasa berada dalam keadaan yang terbaik; Kerajaan Negeri melalui Pejabat Kewangan Negeri telah bersetuju meluluskan kos perolehan kenderaan baharu sebanyak RM1,028,322 untuk pembelian sembilan buah kenderaan baru.

“Dalam usaha memenuhi keperluan Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan (JKR) melaksanakan tugas pemantauan dan penyelenggaraan jalan raya negeri, lampu-lampu isyarat, lampu-lampu jalan dan sebagainya dengan lebih cekap dan efisyen; Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan telah membeli sembilan buah kenderaan pikap pacuan empat roda untuk kegunaan JKR Negeri Sembilan.

“Pembekalan kenderaan Pikap Pacuan Empat Roda (Four Wheel Drive) yang dilengkapi dengan teknologi terkini ini diharap akan dapat memberikan motivasi kepada kakitangan JKR Negeri Sembilan untuk meningkatkan lagi kecekapan mereka dalam melaksanakan tugasan harian di daerah dan cawangan.

“Pembelian kenderaan baharu ini juga, Insyah Allah akan dapat menyelesaikan masalah kenderaan jabatan yang telah usang dan tidak lagi selamat digunakan serta dapat mengurangkan perbelanjaan menyelenggara kenderaan usang sedia ada yang tinggi,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Majlis Penyerahan Kenderaan Baharu Jabatan Kerja Raya, Negeri Sembilan di perkarangan Stor Negeri Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan, Rasah.

Kerajaan Negeri sebelum ini turut membeli lima unit kenderaan pengorek kaut (backhoe) pada bulan Mac yang lalu dengan kos berjumlah RM1.31 juta.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada JKR Negeri Sembilan kerana sentiasa cakna berkenaan aduan rakyat yang disampaikan melalui media sosial.

“Terima kasih kerana menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan cukup baik dan efisyen,” ujar beliau.

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button