Berita

MB sumbang kuih raya kepada barisan hadapan Covid 19

PENYERAHAN SUMBANGAN KUIH RAYA KEPADA WAKIL FRONTLINERS YANG BERTUGAS PADA HARI RAYA PERTAMA

SEREMBAN: Bagi menghargai sumbangan dan pengorbanan barisan hadapan (frontliners) yang bertugas pada 1 Syawal 1441 Hijrah sebanyak 2,000 pek Juadah Hari Raya akan diagihkan kepada mereka.

Majlis penyerahan kuih raya ini telah diadakan di Kediaman Rasmi YAB Menteri Besar Negeri Sembilan pagi ini.

Pek Juadah Hari Raya yang diterima ini adalah sumbangan dari pihak Badan Kebajikan Isteri Wakil-wakil Rakyat dan Pegawai Kanan Kerajaan, Wakil Rakyat dan Ketua Jabatan Wanita Kerajaan Negeri Sembilan (Bakriyah); Coca-cola Bottlers Malaysia Sdn Bhd; Syarikat Nestle (M) Sdn Bhd dan Pejabat YAB Menteri Besar Negeri Sembilan.

YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun menerima sumbangan berupa pek juadah raya tersebut yang kemudiannya diserahkan kepada wakil-wakil ‘frontliners’ termasuk Panglima 1 Briged, Ybhg BRIG.JEN Mohd Nazri Abd Rahman; Ketua Polis Negeri, YBhg.DCP Dato Mohamad Mat Yusop; Pengarah Kesihatan Negeri, YBhg.Datin Dr. Harlina Abd Rashid; Pengarah MKN Negeri, Ybhg Tuan Aswanjaya Abd Karim; Pengarah RELA Negeri, Ybhg Tuan Darman Dabang dan Pengarah APM,LT. KOL (PA) Fazlisyah Muslim.

“Agihan kepada petugas akan dilaksanakan di pagi 1 Syawal 1441 H di semua Pusat
Kawalan Operasi Bencana (PKOB), Stesen Kuarantin, Sekatan Jalan Raya dan Bilik
Gerakan serta Hospital yang terlibat dalam pencegahan penularan wabak Covid-19.

” Kerajaan negeri merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para penyumbang yang berkongsi kegembiraan dengan petugas frontliners yang akan bertugas pada 1 Syawal.

“Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua khususnya barisan ‘frontliners’ yang diarahkan bertugas pada Hari Raya Aidilfitri,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button