Berita

MB umum 25 peratus diskaun premium tanah pembangunan

Sekiranya menjelaskan bayaran premium sekaligus

SEREMBAN: Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan mengumumkan potongan diskaun premium tanah sehingga 25 peratus, selaras dengan insentif pelaburan dan pembangunan di Negeri Sembilan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, pemaju atau pemohon yang menjelaskan bayaran premium sekali gus dalam tempoh 21 hari dari tarikh menerima notis kelulusan pembangunan tanah akan menikmati 25 peratus diskaun premium tanah.

“Manakala diskaun 15 peratus akan diberikan kepada pemaju atau pemohon yang menjelaskan bayaran premium sekali gus dalam tempoh 60 hari dari tarikh menerima notis kelulusan pembangunan tanah,” kata Aminuddin.

Sementara itu, Kerajaan Negeri juga mengumumkan harga siling rumah bagi pemilikan warga asing.

“Syarat pemilikan hartanah oleh warga dan syarikat asing untuk kediaman strata, adalah bernilai RM600,000 dan ke atas.

“Untuk kediaman strata bertanah, bernilai RM1.0 juta dan ke atas, manakala kediaman bertanah, bernilai RM1.0 juta dan ke atas (hanya untuk ekspatriat),” jelas Aminuddin.

Kredit Foto: Nabil Syafiq

#NegeriSembilanBersihMuafakatSejahtera

Show More

Related Articles

Back to top button