Berita

Medan Selera Ampangan kini dikenali Benteng Ampangan

SEREMBAN: Medan Selera Ampangan kini dikenali sebagai Benteng Ampangan,” kata ADUN Ampangan, YB Dato’ Dr.Mohamad Rafie Abdul Malek.

Mohamad Rafie berkata, pertukaran nama ini sebagai langkah awal untuk membaikpulih dan mengubahsuai bangunan ini dalam usaha memeriahkan semula Benteng Ampangan.

“Pelbagai usaha akan dilakukan termasuk untuk merubah kerusi meja yang tidak ergonomik bagi memastikan Benteng Ampangan ini lebih kondusif sebagai tarikan kunjungan orang ramai.

“Apabila Dataran Ampangan disiapkan nanti, ia akan menjadi tarikan baru di hadapan Benteng Ampangan.

“Kemudahan di sini akan dilengkapkan dengan beberapa buah parkir khas untuk bas,” katanya.

Mohamad Rafie berkata, beliau sedia maklum kurangnya kemudahan parkir kereta di Benteng Ampangan.

“Masalah ini akan hanya akan diminimakan atau diselesaikan apabila bangunan Pasar Baru Ampangan siap dibina pada Julai 2023.

“Ini kerana dua aras tempat letak kereta yang dibina di pasar baru ini adalah bertujuan untuk mengurangkan masalah tempat letak kenderaan di Bangunan UTC dan Benteng Ampangan.

“Malangnya, bangunan baru Pasar Ampangan mengambil tempoh masa yang lebih lama untuk disiapkan berbanding projek Dataran Ampangan dan ubahsuai di bangunan Benteng Ampangan yang sedang dijalankan sekarang ini,” jelas beliau.

Show More

Related Articles

Back to top button