Berita

‘Motosikal Jalur Gemilang berpelitup muka’ tarik perhatian warga Tampin

REPAH: Semangat patriotik seharusnya dijiwai oleh setiap rakyat Malaysia.

Seorang penduduk Tampin, Encik Gunaseelan Maarimuthu, 58, menghiasi motosikal beliau dengan Jalur Gemilang setiap tahun menjelang bulan kemerdekaan.

Gunaseelan berkata, sejak lima tahun berturut-turut beliau akan menghiasi motosikal beliau dengan pelbagai saiz bendera Malaysia.

“Tahun ini saya membuat sedikit pembaharuan dengan menggunakan pelitup muka (mask) sebagai hiasan tambahan.

“Ini bagi mendidik orang ramai agar mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dalam usaha kita melawan pandemik Covid-19,” katanya.

Kreativiti Gunaseelan turut mendapat perhatian ADUN Repah, YB Veerapan Superamaniam.

“Hiasan motosikal beliau bukan saja menarik perhatian saya malah masyarakat setempat.

“Saya berharap semangat Encik Gunaseelan akan menyemai semangat cinta dan menarik minat golongan muda khususnya untuk menghargai erti kemerdekaan

“Saya rasa kagum dan ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Gunaseelan atas semangat patriotik yang dijunjung sempena sambutan hari kemerdekaan negara kita,” ujar Veerapan.

Show More

Related Articles

Back to top button