Berita

MPKK disaran beri khidmat terbaik kepada masyarakat kampung

SUNGAI LUI: Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) disaran memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat kampung setempat.

Penyelaras DUN Sungai Lui, Tuan Saiful Bahri Jaaman berkata, sekiranya berbangkit sebarang permasalahan setempat, pihak MPKK boleh berjumpa dengan beliau bagi mencari jalan penyelesaian.

“Pelbagai perkara telah dibincangkan serta beberapa permasalahan kampung telah dimaklumkan dan diadukan kepada saya di dalam mesyuarat bersama MPKK Felda Sungai Lui.

“Turut terlibat dalam mesyuarat ini pengurusan Felda, masjid dan pihak polis.

“Saya mengambil maklum perkara-perkara yang telah dibangkitkan dan saya akan mengusulkan perkara ini di Mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Pejabat Daerah Jempol,” kata Saiful Bahri.

Sementara itu, Saiful Bahri turut menziarah Imam 1 Masjid Kariah Felda Sungai Lui, Encik Mohd Salleh Kassim yang keuzuran.

“Saya telah menyampaikan sumbangan kepada keluarga beliau dan saya berharap dengan adanya sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban yang ditanggung keluarganya,” ujar Saiful Bahri.

Show More

Related Articles

Back to top button