Berita

MPKK DUN Bagan Pinang atur langkah strategik

BAGAN PINANG: Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) DUN Bagan Pinang dimantap dan diperkukuhkan lagi dengan penganjuran Bengkel Strategik dan Pengurusan oleh Pejabat Penyelaras DUN Bagan Pinang.

Penyelaras DUN Bagan Pinang, Tuan Nasir Rahman berkata, bengkel yang diadakan selama dua hari di AgroFarm, Durian Tunggal, Melaka; berjaya membincangkan dan merungkai pelbagai hal yang berkaitan dengan pengurusan MPKK DUN Bagan Pinang.

“Kita mengadakan beberapa sesi taklimat dengan perkongsian maklumat tentang tanggungjawab dan pengurusan MPKK yang disampaikan oleh moderator Ustaz Ahmad Shahir.

“Bengkel ini bukan hanya fokus kepada pengurusan MPKK, malah fungsi dan tanggungjawab Pejabat Penyelaras DUN turut dikongsi agar hubungan dan kerjasama dua hala ini dapat berjalan dengan baik,” kata Nasir dalam ucapan perasmian.

Sementara itu Nasir berkata,beliau akan cuba untuk mendekati dan menyantuni semua Ahli Jawatankuasa MPKK seberapa kerap yang mungkin.

“Semoga hubungan yang dibina ini tidak berhenti di sini dan akan terus diperkukuhkan dalam setiap aktiviti atau program yang akan dilaksanakan bersama pada masa akan datang,” ujarnya

Show More

Related Articles

Back to top button