Aktiviti

MPKK DUN Chembong dimantapkan dengan program pembangunan kepimpinan

CHEMBONG: Pejabat Penyelaras DUN Chembong telah menganjurkan program ‘Teambuilding Pembangunan Kepimpinan High Performance Ahsan Team’ di D’Village Air Keroh, Melaka.

Penyelaras DUN Chembong, Tuan Nasarudin Ibrahim berkata, program teambuilding (pengukuhan pasukan) ini dianjurkan khusus untuk semua Pengerusi MPKK di dalam DUN Chembong untuk memantapkan sahsiah diri bagi membentuk kepimpinan yang luar biasa.

“Saya berharap program selama tiga hari ini mampu memberi impak kepada semua pengerusi MPKK di DUN Chembong.

“Semoga apa yang dipelajari dapat disampaikan kepada biro-biro MPKK dalam menghadapi keluhan dan aduan rakyat dengan lebih berhemah.

“Berkhidmatlah kepada rakyat tanpa kenal erti jemu. Setiap pekara baik yang kita lakukan ada jaminan diakhirat kelak. Teruskan memacu pembangunan DUN Chembong,” katanya.

 

Show More

Related Articles

Back to top button