Berita

Kerajaan Negeri iktiraf golongan Tahfiz, beri elaun RM1,000 sebulan

SEREMBAN: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) menawarkan biasiswa penuh kepada pelajar di ITQAN Gemencheh yang juga merupakan sumbangan daripada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.

Pengarah JHEAINS, Dato’ Mohd Zaidi Ramli berkata, pelajar mestilah hafal 30 juzuk dan ditawarkan biasiswa penuh dan tidak perlu bayar yuran.

“Kita juga beri duit poket RM200 sebulan serta makan dan minum secara percuma.

“Kita juga telah meningkatkan jumlah peserta Insentif ISBAT Galakan Hafazan Negeri Sembilan (ISBAT).

“Peserta yang telah menghafaz Al-Quran dan mengekalkan bacaan diberi elaun bulanan RM1,000 .

“Mereka kena kekal hafal Al-Quran. Ada prosesnya, temuduga semakan enam bulan sekali. Sekiranya layak, kita bagi elaun RM1,000 sebulan,” kata Mohd Zaidi.

Mohd Zaidi berkata, pelajar juga melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan khususnya pengajian Al-Quran.

“Ini cara Kerajaan Negeri mengiktiraf golongan Tahfiz di Negeri Sembilan,’ ujarnya.

Show More

Related Articles

Back to top button