Aktiviti

MPKK Kampung Rata dapat kerusi meja dari Musliadi

JERAM PADANG: Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Rata kini boleh menarik nafas lega apabila menerima sumbangan kerusi dan meja untuk kegunaan program MPKK tersebut.

Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu berkata, pejabatnya telah menyumbang 100 buah kerusi dan 10 buah meja kepada MPKK Kampung Rata untuk pelbagai kegunaan program masyarakat setempat.

“Sebelum ini tiada seunit pun kemudahan kerusi dan meja untuk kegunaan masyarakat di Balai Raya Kampung Rata.

“Alhamdullillah permintaan MPKK Kampung Rata untuk kelengkapan tersebut telah ditunaikan.

“Semoga dapat digunakan sebaiknya. Serahan telah dibuat kepada Pengerusi MPKK Kampung Rata,” kata Musliadi.

Pengerusi MPKK Kampung Rata, Encik Lim Beng Lum @ Lim Beng Chat menerima set kerusi dan meja tersebut dari Musliadi.

Show More

Related Articles

Back to top button