Berita

MPKK Kurnia DiRaja merintis tanaman Roselle

GEMAS: Penyelaras DUN Gemas, Puan Siti ‘Aishah Seman@Othman menyambut baik usaha MPKK Kampung Kurnia DiRaja di Pasir Besar yang bakal mengusahakan tanaman Roselle dan ternakan madu kelulut.

“Usaha MPKK Kampung Kurnia DiRaja harus dipuji kerana merintis dengan projek tanaman Roselle.

“Selain itu MPKK juga akan mengeluarkan biji benih Roselle untuk dijual kepada penduduk kampung.

“Ini membuka jalan kepada penduduk kampung untuk mengusahakan sendiri tanaman Roselle dan sekaligus menjana pendapatan penduduk tempatan,” kata Siti Aishah.

Siti Aishah berkata demikian, setelah menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara MPKK Kurnia DiRaja dan Pertubuhan Usahawan Generasi Felda dengan Argan Azalea Berhad.

Siti Aishah berkata, beliau sememangnya ingin menaikkan ekonomi di DUN Gemas dan ini adalah projek perintis tanaman Roselle, agar hasilnya dapat dipasarkan dengan lebih meluas.

Ketua Pegawai Eksekutif Argan Azalea Berhad, Dr.Suraya Ismail berkata, pihaknya akan membeli hasil tanaman Roselle dan madu kelulut untuk diajdikan produk pembuatan kek atau kordial.

Turut hadir, Pegawai Pertanian Daerah Tampin, Puan Nor Milah Mat Unos.

Show More

Related Articles

Back to top button