Aktiviti

MPKK perlu dekatkan diri dengan masyarakat setempat – Rusli

LINGGI: Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah menasihatkan pengurusan MPKK mendekatkan diri dengan masyarakat setempat agar permasalahan rakyat dapat diselesaikan segera.

“MPKK perlu mendekatkan diri dengan masyarakat setempat bagi menerima aduan rakyat untuk dibawa ke peringkat atasan supaya dapat mencari jalan penyelesaian dengan segera,” katanya.

Rusli berkata demikian dalam Mesyuarat Pengurusan MPKK Kampung Pengkalan Durian.

“Saya dengan Ahli Jawatankuasa MPKK berbincang kaedah terbaik bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat setempat.

“Pelbagai cadangan telah dikemukakan di dalam mesyuarat dan segala cadangan akan diteliti sebelum dilaksanakan satu persatu,” ujar Rusli.

Show More

Related Articles

Back to top button