Berita
MPKK sepakat beri khidmat terbaik kepada masyarakat


SUNGAI LUI: Pengerusi dan Setiausaha dari 14 Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) DUN Sungai Lui sepakat untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat di kampung masing-masing.
Penyelaras DUN Sungai Lui, Tuan Saiful Jaaman berkata, beliau telah mempengerusikan satu mesyuarat bersama pengerusi dan setiausaha dari 14 MPKK DUN Sungai Lui.
“Adalah keutamaan saya sebagai Penyelaras DUN Sungai Lui bagi menjaga kesejahteraan serta kebajikan masyarakat di setiap kampung.
“Saya berharap kerjasama yang erat antara Pihak MPKK, Pejabat Penyelaras DUN Sungai Lui dan Pejabat Daerah dan Tanah Jempol ini berkekalan serta dapat bekerjasama antara satu sama lain demi kesejahteraan masyarakat di DUN Sungai Lui,” katanya.