Berita

Muhammad Allif serah bantuan RM1,000 kepada mangsa banjir

KOTA: Penyelaras DUN Kota, Tuan Muhammad Allif Ibrahim telah menyampaikan sumbangan RM1,000 daripada Kerajaan Negeri Sembilan kepada mangsa banjir di DUN Kota.

Muhammad Allif berkata, bantuan ini disampaikan kepada 76 ketua keluarga mangsa banjir dari rumah ke rumah.

“Seramai 76 keluarga mangsa banjir daripada Kampung Sungai Timun, Kampung Lubok China, Kampung Pulau Mampat, Kampung Astana Raja, Kampung Sawah Raja, Kampung Titian Bintangor, Kampung Legung Ulu, Kampung Penajis Bandar dan Kampung Batang Nyamor telah mendapat bantuan kewangan tersebut.

“Terima kasih di atas keprihatinan Kerajaan Negeri Sembilan menghulurkan bantuan ini.

“Semoga sumbangan ini dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung mangsa,” kata Muhammad Allif.

Turut hadir, Pengawai Daerah Rembau, Tuan Mohd Najib Mustafa.

Show More

Related Articles

Back to top button