Aktiviti

‘Muhibbah Food Bank’ santuni masyarakat kurang kemampuan

16 keluarga di Kampung Baru Rahang terima bantuan makanan

SEREMBAN JAYA: Adun Seremban Jaya YB P.Gunasekaren dan Ahli Parlimen Rasah YB Cha Kee Chin bersama sebuah NGO, Muhibbah Food Bank Nilai yang dipengerusikan oleh Encik Charlie Yeoh Seng Chuan telah mengagihkan bantuan barang makanan kepada golongan berkemampuan di Kampung Baru Rahang.

Gunasekaren berkata, bantuan barang makanan ini telah diagihkan kepada 16 buah keluarga dengan bantuan MPKK Kampung Baru Rahang yang diketuai oleh Pengerusinya Encik Liew dan merupakan lokasi ke lapan yang menerima bantuan ‘food bank’ ini.

“Program ini adalah hasil usaha dan kerjasama melibatkan 10 MPKK, dua pertubuhan amal dan pihak Muhibbah Foodbank Malaysia yang bertujuan membantu golongan yang terjejas dan tidak berkemampuan berikutan pandemik Covid-19 dan tempoh PKP,” kata Gunasekaren.

MPKK yang terlibat ialah Kampung Baru Nilai, Kampung Sungai Sendayan, Kampung Bukit Pelandok, Kampung Baru Jelebu, Kampung Hosapa, Kampung Baru Petaling, Kampung Baru Titi, Kampung Baru Sungai Muntuh, Kampung Baru Mambau, Kampung Baru Rahang dan Pertubuhan Kebajikan Penduduk Nilai serta Pertubuhan Kebajikan Anak Jelebu dan Jempol.

Kalendar tahun 2021 turut diagihkan kepada penduduk.

Turut hadir dalam program ini Ahli Majlis Majlis Bandaraya Seremban, Puan Jamilah Said Ali; Ahli Jawatankuasa MPKK Kampung Baru Rahang dan Ahli Jawatankuasa Muhibbah Food Bank Nilai.

 

Show More

Related Articles

Back to top button