Aktiviti

Musliadi agih bekalan makanan kepada 46 keluarga dikuarantin Covid-19

JERAM PADANG: Sebanyak 41 keluarga yang dikuarantin akibat Covid-19 di Ladang St.Helier di sini, menerima bantuan bekalan makanan daripada Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu.

“Berikutan 41 keluarga telah dikuarantin di Ladang St Helier, maka saya telah aturkan bantuan bekalan makanan kepada mereka menerusi pengurusan ladang.

“Semoga dengan bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban dan mereka diberikan kesembuhan segera.

“Patuhi segala arahan KKM dan MKN agar kita dapat memutuskan rangkaian Covid-19 ini,” kata Musliadi.

Muslidi berkata, beliau turut menghulurkan bantuan makanan kepada sebuah keluarga di Taman Sri Rompin dan empat keluarga di Kampung Bukit Pilah yang turut dikuarantin akibat Covid-19.

Show More

Related Articles

Back to top button