Berita

Gunasekaren prihatin keselamatan penduduk Taman Tan Chee Hoe

SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah turun padang bagi meninjau tebing longkang dan jalan yang retak di Taman Tan Chee Hoe.

Gunasekaren berkata, kerosakan jalan tersebut berhampiran dengan rumah penduduk dan mampu mengundang masalah yang lebih serius.

“Lori sampah yang menggunakan jalan tersebut merupakan punca masalah ini berlaku.

“Aduan telah dibuat kepada pihak Kejuruteraan Majlis Bandaraya Seremban.

“Tindakan segera akan diambil kerana ianya berisiko tinggi kepada penduduk berhampiran,” kata Gunasekaren.

Show More

Related Articles

Back to top button