Aktiviti

Musliadi bantu mangsa banjir Rasah

RASAH: Kejadian banjir kilat yang melanda Kampung Dato’ Mansor, Rasah kelmarin, turut mendapat perhatian Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu.

Musliadi berkata, atas dasar peduli rakyat, beliau turun padang ke Kampung Dato Mansor bersama Pengerusi MPKK, Encik Anuar Alias.

“Saya telah menyampaikan sumbangan kewangan kepada 10 keluarga kurang berkemampuan yang ditimpa musibah banjir kilat yang banyak merosakkan harta benda.

“Semoga dengan sumbangan ini dapat meringankan sedikit bebanan keluarga ini.

“Saya doakan semoga yang terlibat dengan musibah ini tenang dan bersabar menghadapi situasa luar jangkaan ini.

“Tahniah juga saya ucapkan kepada pasukan bantuan bencana yang membantu keluarga mangsa banjir untuk membersihkan rumah.

“Insyah Allah akan ada bantuan dari Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan yang dipimpin oleh YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun,” kata Musliadi.

Show More

Related Articles

Back to top button