Berita

Musliadi bantu penternak ikan besarkan perniagaannya

JERAM PADANG: Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu menyumbang beberapa peralatan yang diperlukan untuk pembinaan kolam ternakan ikan kepada seoerang pengusaha ternakan ikan air tawar di Felcra Rompin B.

“Saya menyampaikan peralatan yang diperlukan kepada Saudara Mohd Jamil untuk membesarkan saiz kolam dan menaik taraf kolam ternakan ikan air tawar milik beliau.

“Semasa lawatan saya ke kolam ternakan ikan beliau sebelum ini, saya melihat kesungguhannya untuk membesarkan lagi kolamnya (menambah ternakannya), tetapi beliau menghadapi kekangan kewangan.

“Justeru, saya telah meluluskan permohonan ini dan telah pun menyerahkan barang-barang keperluan untuk pembinaan (pembesaran) kolam ini.

“Saudara Mohd Jamil merupakan satu contoh bagaimana usaha yang berterusan tanpa kenal penat lelah, akan mendatangkan kejayaan kepada diri sendiri<” jelas Musliadi.

Show More

Related Articles

Back to top button