Aktiviti

Musliadi erat hubungan dengan belia

JERAM PADANG: Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu telah mengadakan satu program ‘Fun Day Trip Anak Muda DUN Jeram Padang’ yang melibatkan komuniti anak muda.

Musliadi berkata, program ini memerlukan peserta menaiki Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan bergerak ke Kuala Lipis.

“Dalam perjalanan tersebut terdapat kuiz yang diberikan berkaitan Jeram Padang.

“Oleh itu, dalam mendapat pengalaman baharu, mereka juga dapat pengetahuan.

“Program sebegini perlu kerap dilakukan bagi merapatkan hubungan wakil rakyat dan golongan belia.

“Terima kasih kepada yang terlibat menjayakan program ini,” kata Musliadi.

Show More

Related Articles

Back to top button