Aktiviti

Musliadi hulur bantuan kewangan kepada OKU

JERAM PADANG: Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu menyampaikan sumbangan wang tunai kepada seorang Orang Kurang Upaya (OKU), Encik Lee Kuan Huang.

“Sumbangan ini bertujuan untuk meringankan kos perjalanan beliau ke Kuala Lumpur bagi membuat ukuran kaki palsu yang baru.

“Encik Lee sebelum ini mendapat bantuan kaki palsu daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Walaubagaimanapun, kaki palsu beliau sudah rosak dan sudah sampai masanya beliau memerlukan kaki palsu yang baru.

“Semoga segala urusan beliau dipermudahkan,” ujar Musliadi.

Pengerusi MPKK Tanah Panjis, Encik Tee Kok Jing mewakili Musliadi menyampaikan sumbangan kewangan kepada Encik Lee.

Show More

Related Articles

Back to top button