Berita

Musliadi hulur sumbangan kewangan kepada mangsa kebakaran

JERAM PADANG: Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu menyerahkan bantuan kewangan kepada seorang mangsa kejadian kebakaran, Saudara Jumian Hadi di Felda Bukit Rokan Barat.

“Kejadian kebakaran pada hari Jumaat lepas menyebabkan kerugian harta benda kepada beliau.

“Stor di belakang rumah beliau yang menempatkan peralatan membuat kuih muih dan empat buah motorsikal kegunaan keluarganya telah hangus terbakar.

“Saya menghulurkan sedikit bantuan kewangan kepada Saudara Jumian agar dapat meringankan beban beliau dan saya mendoakan semoga mereka sekeluarga tabah menempuh dugaan ini,” kata Musliadi.

Jumian menjalankan perniagaan menjual kuih muih di pasar malam.

“Terima kasih kepada Balai Bomba Gemencheh dan Balai Bomba Bahau yang datang membantu memadamkan api,” ulas Musliadi.

Show More

Related Articles

Back to top button