Berita

Musliadi: Jalan Kuil Hindu Felda Palong 1 siap diturap

JERAM PADANG: Laluan jalan ke Kuil Hindu Felda Palong 1 kini lebih selesa apabila kerja-kerja menurap jalan telah siap,” kata Penyelaras DUn Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu.

“Bertahun-tahun lamanya jalan ke Kuil Hindu Felda Palong 1 tidak diselenggara dengan baik dan menyulitkan perjalanan (kenderaan) penganut Hindu di sini untuk ke kuil.

“Saya mendapat aduan dari masyarakat Hindu di sini berkaitan struktur jalan yang tidak diselenggara dengan baik.

“Mengambil peduli permasalahan mereka, saya telah membuat permohonan kepada Pejabat Daerah Jempol untuk kerja penurapan jalan.

“Alhamdulillah, kerja penurapan jalan telah siap dan semoga ia memberi keselesaan dan kemudahan bagi masyarakat Hindu Felda Palong 1 untuk ke kuil,” ujar Musliadi.

Show More

Related Articles

Back to top button