Berita

Musliadi: Kemudahan pondok bas di Ladang Jeram Padang akan diusahakan

JERAM PADANG: Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu berkata, permintaan pekerja Ladang Jeram Padang yang memohon kemudahan sebuah pondok menunggu bas akan diusahakan sebaiknya.

“Pekerja estet memohon sebuah pondok menunggu bas didirikan di sini sebagai salah satu kemudahan asas.

“Hari ini saya telah turun padang untuk meninjau lokasi yang dicadangkan untuk pembinaan.

“Saya akan cuba usahakan pada pihak berkaitan memandangkan ianya melibatkan dua daerah iaitu Jempol dan Kuala Pilah dan melibatkan tanah persendirian,” jelas Musliadi.

Show More

Related Articles

Back to top button