Aktiviti

Musliadi ketuai operasi sanitasi di Rompin

JERAM PADANG: Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu mengetuai sendiri operasi sanitasi awam nyah kuman di sekitar Pekan Rompin.

“Alhamdulillah telah selesai operasi sanitasi awam nyah kuman di Pekan Rompin, Pusat Perniagaan Jalan Besar, Pusat Perniagaan Taman Saujana, Pusat Perniagaan Rompin Baru , Pusat Perniagaan Taman Melor, Pasar Awam Rompin, Masjid Rompin dan Balai Polis Rompin.

“Turut bersama menjayakan operasi ini sukarelawan MPKK Kampung Sri Rompin dan MPKK Tanah Panjis.

“Semoga dengan adanya langkah awal ini, ia dapat memutuskan rantaian penularan Covid-19,” kata Musliadi.

Sementara itu Musliadi turut berkesempatan menghantar bantuan barangan keperluan makanan harian kepada tiga keluarga yang dikuarantin akibat Covid-19.

Keluarga yang menerima sumbangan makanan ialah Puan Nora di Taman Sri Rompin, Saudara Ibrahim Daud di Felda Bukit Rokan Barat dan Saudara Annamalai Ayyadurai dari Kampung Seri Rompin.

“Saya menasihatkan supaya keluarga yang dikuarantin perlu mematuhi segala perintah KKM dan semoga sihat sediakala. Insyah Allah,” ujar Musliadi.

Show More

Related Articles

Back to top button