Aktiviti

Musliadi mahu masjid diimarahkan dengan program ilmu

JERAM PADANG: Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu telah menghadiri Majlis Ceramah Maal Hijrah di Masjid Kariah Felda Palong 2.

Menghadiri di atas jemputan Pengerusi Masjid kariah Felda Palong 2, Musliadi menyampaikan sumbangan kewangan kepada pengurusan masjid bagi melancarkan perjalanan majlis.

“Kita adalah pendosa, maka sentiasalah kita bertaubat mendekati Allah.

“Majlis ilmu wajar diteruskan supaya kita sebagai umat islam dapat mengimarahkan masjid dan penyatuan ummah dapat dibentuk ke arah yang lebih sempurna.

“Mudah-mudahan dengan sumbangan tersebut ianya dapat digunakan sebaiknya. Insya Allah.,” kata Musliadi.

Show More

Related Articles

Back to top button