Berita

Musliadi mahu wanita Jeram Padang berdaya maju

Balai Raya Pekan Jelai sedang dinaiktaraf

JERAM PADANG: Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu menyarankan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) menganjurkan program Power House Wanita Gemilang (PH GEM) untuk mendidik golongan wanita setempat berdaya maju.

“MPKK boleh bekerjasama dengan PH GEM untuk menganjurkan program atau bengkel kemahiran tertentu yang boleh menambah pendapatan golongan wanita dan seisi keluarga,” kata Musliadi.

Musliadi berkata demikian dalam Mesyuarat Jawatankuasa MPKK Pekan Jelai Kali ke-3 yang dipengerusikan oleh Pengerusi MPKK Pekan Jelai, Encik Rajukumar.

Di dalam mesyuarat tersebut di bangkitkan beberapa isu setempat yang akan ditangani oleh Musliadi mengikut saluran sewajarnya.

Musliadi turut berkesempatan melawat Balai Raya Pekan Jelai yang sedang dinaik taraf.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Pegawai Daerah Jempol, Tuan Shahrul Nizam Saleh dan Unit Pembangunan Pejabat Daerah Jempol, yang telah meluluskan permohonan naik taraf balai raya di Pekan Jelai ini.

“Semoga masyarakat di Pekan Jelai dapat menggunakan dan memanfaatkan balai raya ini sebaik mungkin,” ujar Musliadi.

Show More

Related Articles

Back to top button