Berita

Musliadi: PH GEM lahirkan peniaga wanita

JERAM PADANG: Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan komited untuk melahirkan wanita yang berdaya maju; yang mampu untuk menjadi wanita berdikari dan berdaya saing.

Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu berkata, program Power House Wanita Gemilang (PH GEM) di bawah kepimpinan Exco Wanita dan Kebajikan, YB Nicole Tan Lee Koon sedaya upaya mengubah persepsi bahawa wanita bukan hanya untuk melahirkan anak, menjaga anak, suami dan keluarga tetapi mampu untuk kehadapan seiring dengan masa dan waktu.

Justeru, untuk memperkasakan ekonomi wanita Jeram Padang khususnya di Kampung Rata dan kawasan sekitarnya, MPKK Kampung Rata dengan kerjasama PH GEM telah menganjurkan kelas membuat Kuih Bulan di Dewan Orang Ramai Kampung Rata.

“Program ini dianjurkan untuk menarik lebih ramai wanita luar bandar dalam bidang perniagaan.

“Kemahiran membuat Kuih Bulan ini diharap dapat melahirkan wanita yang mampu untuk mempelajari proses pembuatan dengan lebih mendalam agar dapat menjadi pengusaha dan bukan sekadar belajar kemudiannya ilmu itu terbiar tanpa dimanfaatkan,” kata Musliadi.

Turut hadir Pengerusi MPKK Kampung Rata, Encik Lim Beng Chat dan semua pengerusi MPKK DUN Jeram Padang dan DUN Bahau.

 

Show More

Related Articles

Back to top button