Berita

Pasukan e-Sport TABAH Nsea rangkul pingat gangsa Sukan SEA

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun mengucapkan tahniah kepada pasukan e-Sport TABAH Negeri Sembilan Esport Association (Nsea) yang berjaya merangkul pingat gangsa dalam temasya Sukan SEA Vietnam baru-baru ini.

Aminuddin berkata, Kerajaan Negeri sentiasa menyokong pembangunan e-Sport dalam kalangan anak muda dengan kerjasama pelbagai pihak seperti Soloz, Daddy Hood dan agensi lain.

“Pasukan Nsea ini dilatih oleh Mohammad Aduka Ikmal Nor Azmi dan dibantu oleh Pasha dari Pasukan 4rival serta dianggotai pemain-pemain handalan seperti Din Jumper, Franky, Magix, XRush dan Flax.

“Pasukan ini ditubuhkan oleh Negeri Sembilan Esports Association (Nsea) dengan kerjasama Pusat Pembangunan Belia Harapan (TABAH).

“Semoga kejayaan ini memberi semangat dan galakan kepada lebih ramai golongan muda agar aktif, seterusnya mencipta kejayaan dalam e-Sport,” kata Aminuddin.

Turut hadir, Exco Belia dan Sukan Negeri Sembilan, YB Dato’ Mohamad Taufek Abdul Ghani; Exco Kesejahteraan Bandar, Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru Negeri Sembilan, YB Teo Kok Seong serta Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, YB Dato’ Bakri Sawir.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button