Berita

Aminuddin sumbang RM100 ribu kepada 10 buah sekolah

Saya nak anak saya dijaga

PORT DICKSON: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun telah memberikan sumbangan kewangan sebanyak RM100,000 kepada 10 buah sekolah menengah di Port Dickson.

Aminuddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, setiap sekolah menerima sumbangan sebanyak RM10,000.

“Sumbangan tersebut merupakan peruntukan beliau sebagai Ahli Parlimen.

“Sumbangan yang diberikan adalah bagi memastikan semua anak-anak saya yang bakal menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) tidak lama lagi diberikan makanan sebelum kelas tambahan.

“Saya memahami kesukaran apabila pulang ke rumah untuk makan kemudian hadir semula ke sekolah untuk kelas tambahan.

” Oleh itu sumbangan ini diberikan supaya dapat meringankan beban mereka,” ujar Aminuddin.

Aminuddin turut menambah bahawa beliau ingin bidang akademik para pelajar ini diambil berat.

” Saya mahu anak-anak saya ini dijaga.

“Ini supaya mereka dapat memberikan fokus untuk menghadapi SPM dan mendapat kejayaan.

“Saya yakin mereka semua mampu untuk mencapai kejayaan dan mendapat kecemerlangan dalam peperiksaan yang bakal di hadapi,” kata beliau lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button