Aktiviti

Musliadi: Rumah usang akan diganti baru

JERAM PADANG: Kerajaan Negeri Sembilan dan TNB sentiasa bekerjasama untuk membantu pembinaan rumah bagi golongan yang kurang berkemampuan

Justeru, Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu telah mengenalpasti keperluan Puan Leong Kam Fong dari Bukit Pilah yang kediamannya dalam keadaan sangat uzur.

“Melihat kepada keperluan Puan Leong yang memerlukan sebuah rumah yang baru, saya telah memohon kepada Exco Kesejahteraan Bandar, Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru, YB Teo Kok Seong dan pihak TNB.

“Justeru, hari ini pihak TNB telah menyerahkan sijil kelulusan pembinaan rumah baru kepada Leong.

“Insyah Allah, sebuah rumah yang baru akan dibina oleh TNB di tapak yang sama dalam masa terdekat,” kata Musliadi.

Musliadi berharap di masa akan datang lebih banyak GLC (syarikat berkaitan kerajaan) akan tampil dengan program CSR (Tanggungjawab Sosial Korporat) untuk membantu golongan yang memerlukan.

Show More

Related Articles

Back to top button