Berita

Musliadi santuni mangsa kebakaran

JERAM PADANG: Kejadian kebakaran yang melibatkan sebuah rumah di Kampung Panchor Senama dekat sini, mendapat perhatian segera Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu.

“Saya menerima panggilan dari seorang sahabat dan terus ke lokasi kejadian.

“Insya Allah saya akan panjangkan permohonan baik pulih rumah ini kepada Pejabat Daerah Jempol untuk keselesaan keluarga Puan Elismariana Abdullah mendiami semula rumah ini.

“Saya menyampaikan sumbangan tunai kepada Elismariana dan saya berharap beliau tabah dengan dugaan yang menimpa,” kata Musliadi.

Show More

Related Articles

Back to top button