Aktiviti

Musliadi santuni penerima vaksin dan ‘frontliners’ di PPV Rompin

JERAM PADANG: Pemyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu menyumbang pek makanan dan minuman kepada 300 penerima vaksin dan petugas di Pusat Pemberian Vaksin Pekan Rompin.

“Saya telah menyerahkan 300 pek makanan dan minuman kepada penerima vaksin, petugas Kementerian Kesihatan Malaysia dan anggota keselamatan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pekan Rompin.

“Saya juga telah membekalkan pek pelitup muka (face mask) kepada penerima vaksin yang hadir.

“Semoga dengan adanya program pemberian vaksin seperti ini dapat meningkatkan imuniti kelompok (herd community) di kalangan penduduk DUN Jeram Padang,” kata Musliadi.

Show More

Related Articles

Back to top button