Aktiviti

Musliadi santuni pesakit strok

JERAM PADANG: Seorang pesakit strok, Encik Zakaria Ismail dari Felda Palong 1, menerima sumbangan tongkat daripada Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu.

Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu berkata, Encik Zakaria mengalami serangan strok dan perlu menggunakan tongkat untuk berjalan.

“Saya telah menyumbang sebatang tongkat kepada beliau untuk menggantikan tongkat beliau yang sedia ada yang telah rosak.

“Semoga dengan sumbangan yang diberikan ini dapat memudahkan urusan seharian beliau dan saya mendoakan agar beliau cepat sembuh seperti sediakala,” kata beliau.

Turut hadir, Pengerusi MPKK Felda Palong 1, Encik Hussin Zakaria.

Show More

Related Articles

Back to top button