Aktiviti

Musliadi santuni sembilan anak kurang bernasib baik

JERAM PADANG: Pejabat Penyelaras DUN Jeram Padang telah mengadakan program Ziarah Mahabbah di Felda Palong 2.

Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu berkata, tujuan program ini diadakan adalah untuk menyantuni sembilan keluarga di Felda Palong 2 yang mempunyai anak kurang upaya (OKU).

“Selain bertanya khabar dan kesihatan sembilan anak istimewa ini, saya juga telah menyerahkan barang keperluan dapur kepada keluarga mereka.

“Semoga sumbangan ini meringankan beban keluarga ini,” kata Musliadi.

Dalam program yang sama, Musliadi turut menyumbang dua unit lampu limpah (spotlight) kepada Pondok Polis Felda Palong 2.

Musliadi turut menyampaikan sumbangan kewangan kepada KAF Anak Felda (KAF) Felda Palong 2 untuk projek tanaman nenas di tanah terbiar di Felda Palong 2.

 

Show More

Related Articles

Back to top button