Berita
Musliadi selesaikan kos perubatan individu kurang berkemampuan


JERAM PADANG: Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu telah menyelesaikan kos rawatan seorang individu kurang berkemampuan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah Kuala Pilah.
Musliadi berkata, pesakit tersebut tidak dapat menyelesaikan bayaran dan lari daripada hospital.
“Atas dasar prihatin, saya sendiri telah hadir ke hospital bagi menjelaskan pembayaran bil tersebut.
“Terima kasih kepada pegawai unit Hospital Kuala Pilah kerana memudahkan urusan dan memberi kerjasama,” kata Musliadi.