Aktiviti

Musliadi serah kerusi roda kepada pesakit kejang otot

JERAM PADANG: Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu telah menyerahkan sebuah kerusi roda kepada seorang pesakit kejang otot, Puan Noraini Sukar di Felda Bukit Rokan Barat.

“Saya menyerahkan sebuah kerusi roda bagi keperluan Puan Noraini yang sering mengalami masalah kejang otot.

“Semoga kerusi roda ini membantu pergerakan beliau di dalam rumah,” katanya.

Sementara itu, Musliadi turut berkesempatan meninjau kerja-kerja pembinaan ruang makan di Tadika Kemas Felda Bukit Rokan Barat yang hampir telah siap 80 peratus .

Show More

Related Articles

Back to top button