Berita

Musliadi sumbang katil boleh laras kepada pesakit buah pinggang

JERAM PADANG: Seorang pesakit buah pinggang, Encik Supandi dari Felda Bukit Rokan telah menerima sumbangan sebuah katil boleh laras dari Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu.

“Saya telah menyumbang satu set katil boleh laras berserta dengan sebuah tilam. Isteri beliau Puan Siti Aishah pula menghidapi sakit jantung dan perlu mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara.

“Justeru, saya juga menghulurkan sumbangan barangan keperluan dapur kepada pasangan suami isteri ini.

“Saya mendoakan semoga pasangan ini diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan. Insyah Allah,” ujar Musliadi.

Musliadi merakamkan penghargaan kepada Encik Ibrahim yang merupakan seorang jiran yang peka dengan masalah kesihatan suami isteri ini dan memaklumkan kepada Pejabat Penyelaras DUN Jeram Padang.

Show More

Related Articles

Back to top button