Berita

Musliadi sumbang katil mudah alih kepada pesakit strok

JERAM PADANG: Seorang pesakit strok, Encik Ramawadram dari Kampung Taman Jaya menerima sumbangan sebuah katil mudah alih dari Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu.

Musliadi berkata, beliau dimaklumkan oleh Pengerusi MPKK Kampung Taman Jaya, Encik Muthu berhubung keadaan Ramawadram yang memerlukan sebuah katil mudah alih.

“Saya juga menyumbang empat pek lampin pakai buang kepada Encik Ramawadram.

“Saya mendoakan semoga Encik Ramawadram diberikan kesembuhan dan kesihatan yang baik.

“Semoga bantuan yang diberikan ini dapat meringankan sedikit beban beliau sekeluarga dan memudahkan keluarganya menguruskan rutin harian beliau,” ujar Musliadi.

Show More

Related Articles

Back to top button