BeritaProgram

Pusat Khidmat Rakyat DUN Seri Menanti buka kaunter PADU

SERI MENANTI: Pusat Khidmat Rakyat DUN Seri Menanti akan membuka kaunter sistem Pengkalan Data Utama (PADU) bagi memudahkan warga DUN Seri Menanti mengemaskini maklumat dalam sistem tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Menanti, YB Muhammad Sufian Maradzi berkata, ramai di kalangan penduduk DUN Seri Menanti yang tidak mahir menggunakan sistem tersebut secara atas talian (online).

“Justeru itu, Pusat Khidmat Rakyat DUN Seri Menanti bersedia membantu penduduk DUN Seri Menanti mengemaskini maklumat dalam sistem PADU,” ujarnya.

Waktu kaunter PADU beroperasi adalah seperti berikut:

TARIKH: 27 Februari hingga 1 Mac 2024

MASA: 10.00 pagi hingga 5.00 petang

TEMPAT: Balai Muhibbah Pusat Khidmat Rakyat DUN Seri Menanti, Tanjong Ipoh.

Matlamat PADU

1. Meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan.

2. Melaksanakan pengukuhan dalam penggunaan sumber yang terhad.

3. Melaksanakan pemerkasaan sistem sosial melalui peningkatan kesejahteraan ekonomi dan rakyat.

4. Merapatkan jurang sosioekonomi dengan memenuhi keperluan rakyat serta mengimbangi pembangunan.

Show More

Related Articles

Back to top button