Aktiviti

Musliadi sumbang lampu solar kepada masyarakat Orang Asal

JERAM PADANG: Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu menyerahkan kemudahan lampu berkuasa solar kepada masyarakat Orang Asal di Kampung Batu Peti.

“Kebanyakan rumah di Kampung Batu Peti tiada kemudahan bekalan elektrik.

“Justeru, atas dasar keprihatinan saya telah menyumbangkan enam unit lampu solar kepada penduduk kampung.

“Semoga sumbangan yang diberikan ini dapat memberikan keselesaan kepada penduduk kampung yang rumahnya tidak mempunyai bekalan elektrik,” kata Musliadi.

Sumbangan lampu berkuasa solar ini diserahkan kepada wakil penduduk kampung Encik Sadar Remol.

Show More

Related Articles

Back to top button