Berita

Kerajaan Negeri Sembilan salur RM1.34 juta bantu pengusaha tani

SEREMBAN: Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan telah menyalurkan bantuan berjumlah RM1,339,500 kepada 190 pengusaha tani di negeri ini.

Exco Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sembilan, YB Dato’ Ir.Bakri Sawir (Klawang-Pakatan Harapan) berkata, bantuan dan peruntukan kepada pengusaha tani sepanjang tahun 2021 bagi Projek Pembangunan Pertanian (P51) di bawah Jabatan Pertanian adalah seperti berikut:

i. Insentif Peningkatan Hasil Tanaman Buahan

Bantuan maksima sehingga RM12,000/ha/peserta meliputi bantuan naiktaraf infrastruktur ladang dan bekalan input pertanian.

ii. Insentif Pembangunan Tanah Terbiar

Bantuan maksima sehingga RM15,000/ha/peserta meliputi bantuan naiktaraf infrastruktur ladang dan bekalan input pertanian.

iii. Insentif Latihan Petani meliputi skop pemindahan teknologi pertanian dan khidmat nasihat teknikal.

Insentif latihan ini diberikan secara percuma kepada semua yang berminat untuk menceburi bidang pertanian.

iv. Kerajaan Negeri melalui pembentangan Belanjawan Tahun 2021 turut menyediakan insentif bantuan berbentuk geran secara one off kepada pekebun buah-buahan ini.

a) Insentif kepada siswazah dan petani berumur 40 tahun ke bawah yang dinamakan sebagai Insentif Siswazah Tani Negeri Sembilan (INSIST 9) dan Petani Muda ini memberi bantuan sehingga maksima RM10,000/peserta.

Insentif ini disediakan kepada golongan belia yang berkelayakan dalam projek tanaman makanan.

b) Bagi meringankan kos bahan input selain menggalakkan pengeluaran yang selamat dimakan, Kerajaan Negeri juga melaksanakan Insentif Keselamatan Makanan iaitu pemberian insentif kepada pengusaha yang mengamalkan Amalan Pertanian Baik (APB) berupa infrastruktur ladang dan input pertanian dengan kadar RM10,000 / pengusaha.

“Insentif Pengeluaran Hasil iaitu pemberian insentif pengeluaran hasil dengan tuntutan RM0.20 bagi setiap kilogram pengeluaran ladang dengan had tuntutan maksima RM5,000,” kata Bakri dalam Persidangan Pertama Penggal Keempat, Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-14 di sini, hari ini.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button