Aktiviti

Musliadi sumbang mesin pencetak kepada Tadika Felda Palong 2

JERAM PADANG: Tadika Felda Palong 2 menerima sumbangan sebuah mesin pencetak (printer) daripada Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu.

Musliadi berkata mesin pencetak yang sedia ada di tadika tersebut sudah rosak dan tidak boleh dibaiki lagi kerana model lama.

“Ini menyebabkan urusan pengajaran dan pembelajaran di tadika tersebut sukar kerana murid-murid memerlukan bahan pembelajaran secara bercetak bagi memudahkan lagi proses pengajaran.

“Semoga sumbangan ini dapat memudahkan lagi urusan pengajaran dan pembelajaran di Tadika Felda Palong 2.

“Para guru teruslah mendidik murid-murid untuk menjadi anak bangsa yang berjaya dan menjadi harapan negara pada masa hadapan,” kata Musliadi.

Show More

Related Articles

Back to top button