Berita
Musliadi sumbang peralatan persediaan banjir kepada MPKK


JERAM PADANG: Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu menyumbang sejumlah peralatan persediaan menghadapi banjir kepada Ahli jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Sri Rompin.
“Sedia maklum, bencana banjir diramalkan akan berlaku pada bulan November dan Disember ini.
“Oleh itu, saya telah pun menyampaikan peralatan persediaan banjir kepada MPKK bagi membuat persediaan awal menghadapi banjir di Kampung Sri Rompin,” ujar Musliadi.