BeritaMenarik

Penantian 88 pemilik lot rumah di Sikamat selama 30 tahun berakhir

SEREMBAN: Penantian 88 pemilik lot rumah di Sikamat (berhadapan Taman Megaway) selama 30 tahun berakhir apabila menerima geran hak milik individu daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun.

Aminuddin berkata, projek perumahan ini bermula pada tahun 1970an dan pada masa itu kesemua hakmilik 88 lot tanah kediaman ini dimasukkan dalam satu geran induk.

“Penduduk datang berjumpa dengan saya, empat tahun lepas.

“Saya mengadakan beberapa siri perbincangan dengan penduduk serta Pejabat Tanah dan Daerah Seremban.

“Alhamdulillah hari ini kita telah pecahkan lot tanah kediaman mereka (geran hak milik individu) dan isu ini selesai,’ kata Aminuddin.

Bhabhindar Singh

Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Pecah Sempadan Lot, Encik Bhabhindar Singh, 66, berkata, penduduk telah berjuang sejak 30 tahun lalu untuk isu geran hak milik individu ini diselesaikan.

“Justeru itu, kami telah berjumpa dengan Menteri Besar (Aminuddin) pada tahun 2019.

“Beliau sangat membantu dan komited untuk menyelesaikan masalah kami.

“Akhirnya pada hari ini, kami dapat geran hak milik individu. Kami sangat gembira dan puas hati,” ujar Bhabhindar.

Bhabhindar berkata demikian kepada Negeri Kita selepas Majlis Penyerahan Geran Hak Milik Individu kepada 88 pemilik lot rumah tersebut yang diadakan di di Pejabat Daerah dan Tanah Seremban.

Aminuddin menyantuni pemilik lot kediaman Sikamat selepas menyerahkan geran hak milik individu di Pejabat Daerah dan Tanah Seremban

 

Show More

Related Articles

Back to top button