Berita

Musliadi sumbang RM1,500 kepada pelajar sekolah

JERAM PADANG: Seramai 15 pelajar dari keluarga kurang berkemampuan menerima sumbangan baucer RM100 setiap seorang daripada Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu.

“Saya berharap sumbangan ini dapat meringankan sedikit beban ketua keluarga untuk membuat persiapan persekolahan anak- anak menjelang musim persekolahan yang akan dibuka pada awal Januari 2022 kelak.

“Program ini diusahakan oleh Pengerusi MPKK Kampung Pekan Jelai, Encik K.Rajukumar bagi membantu keluarga yang kurang berkemampuan di kawasan Kampung Pekan Jelai, kata Musliadi.

 

Show More

Related Articles

Back to top button