Berita

Penduduk Bandar Seremban Selatan terima masjid baharu

SEREMBAN JAYA: Penduduk Bandar Seremban Selatan telah menerima sebuah masjid baharu yang diberi nama Masjid Saidatina Aisyah.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, masjid tersebut merupakan salah satu daripada masjid yang menggunakan peruntukan Kerajaan Negeri sebanyak RM6.6 juta.

“Pembinaan masjid ini adalah bagi menampung keperluan penduduk tempatan kerana jumlah penduduk yang meningkat dan masjid sedia ada tidak dapat menampung.

“Tahniah kepada semua pihak yang turut berusaha menyiapkan masjid ini.

“Dengan siapnya masjid ini saya berharap agar kita dapat menjadikan ia sebagai medan dakwah kepada masyarakat tanpa mengira latar belakang.

“Saya turut berhasrat untuk melihat agar Islam berkembang subur di Negeri Sembilan ini,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button