Berita

Musliadi sumbang televisyen kepada tadika

JERAM PADANG: Tadika Felda Bukit Rokan Barat menerima sumbangan sebuah televisyen daripada Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu.

Musliadi berkata, tadika ini pernah dipecah masuk dan beberapa aset termasuk televisyen telah hilang.

“Selepas mendapat permohonan daripada guru tadika tersebut, saya telah membeli sebuah televisyen kerana pembelajaran pada masa kini lebih ke arah visual bagi memudahkan pemahaman murid-murid.

“Semoga dengan sumbangan yang diberikan ini akan memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran di Tadika Felda Bukit Rokan Barat.

“Saya harap anak-anak ini lebih seronok untuk belajar selepas ini,” kata Musliadi.

Show More

Related Articles

Back to top button